suria

Hewlett-Packard Rancang Bahagi Perniagaan Kepada Dua Syarikat

NEW YORK: Hewlett-Packard pada Isnin berkata, ia akan berpecah kepada dua syarikat secara berasingan melibatkan perniagaan komputer dan pencetaknya dari operasi perkhidmatan dan hardware korporatnya.

Langkah itu berikutan satu trend firma teknologi dan perbadanan-perbadanan lain, termasuk eBay pada minggu lalu, yang memisahkan perniagaannya kepada syarikat secara berasingan.

Mereka percaya ia akan memberi lebih tumpuan untuk menunjukkan prestasi lebih baik.

"Pengasingan itu akan membolehkan setiap syarikat baharu menjadi bebas, fokus, sumber kewangan dan fleksibiliti yang mereka perlukan untuk mengadaptasi kepada dinamik pasaran dan pelanggan dengan pantas, serta menjana nilai jangka panjang untuk pemegang saham," kata Ketua Eksekutif HP, Meg Whitman dalam satu kenyataan.

"Pendek kata, dengan peralihan sekarang dari satu HP kepada dua syarikat baharu, ia akan menjadikan usaha pemulihan yang berjaya, malah mewujudkan kedudukan lebih baik untuk bersaing di pasarang, menyokong para pelanggan dan rakan niaga, serta menyediakan nilai maksimum buat pemegang saham," katanya.

Rancangan itu dijangka selesai menjelang akhir tahun kewangan 2015. - AFP

Hewlett-Packard

Artikel Lain