suria

Wanita Ditemui Selamat Selepas 17 Hari Hilang Dalam Hutan

Shannon Fraser. Foto au.news.yahoo.com

SYDNEY: Seorang wanita yang hilang selama lebih dua minggu di hutan hujan Australia ditemui selamat, dengan meminum air sungai dan makan ikan kecil untuk terus hidup, kata pegawai pada Khamis.

Shannon Fraser, 30, dilaporkan hilang pada 21 September lalu dekat Air terjun Josephine di Queensland selepas sesat di dalam hutan.

Akhbar Brisbane Courier-Mail melaporkan, Fraser ditemui oleh seorang pemilik kebun pisan pada Rabu.

"Dia susut berat badan, dan mempunyai kesan calar, tetapi dia bersemangat kuat," kata abangnya Dylan Fraser kepada akhbar itu.

Polis mengesahkan ibu kepada tiga anak yang ditemui itu selamat dan sihat.

Abangnya Dyland memberitahu stesen radio bahawa adiknya menangis seorang diri setiap kali hendak tidur, selama 16 malam berada di dalam hutan.

Bagaimanapun adiknya itu bersemangat kuat untuk meneruskan hidup dengan selamat apabila memikirkan anak-anaknya yang disayanginya.

"Dia begitu cekal, dan dia berjaya melakukannya," katanya sambil menambah bahawa adiknya itu susut berat badan hampir 17 kilogram. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain