suria

Muhammad Ali Tenat

Muhammad Ali sudah 30 tahun menghidap penyakit Parkinson.
LEGENDA tinju dunia, Muhammad Ali yang menghidap penyakit Parkinson sejak 30 tahun lalu kini dikatakan berada dalam keadaan tenat.


Sumber rapat dengan keluarganya dilaporkan memaklumkan kepada media mengenai juara sukan kegemaran ramai itu baru-baru ini.

Berusia 72 tahun, khabar angin mula tersebar mengenai kesihatan Muhammad Ali yang dikatakan makin merosot selepas beliau tidak hadir pada tayangan perdana filem mengisahkan hidupnya, 'I am Ali' minggu lalu.

Bagaimanapun, anak perempuan Ali yang mewarisi bakatnya, Laila berkata, kesihatan bapanya mulai merosot sejak disahkan menghidap Parkinson pada 1984.

"Dia kini hanya berehat di rumah," katanya.

Seorang lagi anaknya, Hana pula optimis jangka hayat bapanya masih panjang.

"Saya hubunginya setiap pagi dan pada waktu itu saya dapat mendengar suaranya yang perlahan dan lembut," katanya kepada Telegraph.

Ali ketika menghadiri pembukaan Sukan Olimpik pada 2012.

Selain Ali, dua lagi pesaingnya iaitu peninju Britain, Joe Bugner, 64 dan Leon Spinks, 61 juga berhadapan masalah kesihatan iaitu masing-masing menghidap penyakit jantung dan komplikasi dalam perut.

Malahan, Spinks menjalani beberapa pembedahan baru-baru ini.


Muhammad Ali, Laila, Spink, Parkinson

Artikel Lain