suria

USAID, IOM Bergabung Lancar Kempen Tangani Pemerdagangan Manusia

BANGKOK: Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) mengumumkan geran AS$1.3 juta (RM4.24 juta) kepada Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) untuk kempen baharu perubahan tingkah laku bagi memerangi pemerdagangan manusia dan eksploitasi di rantau Asia Pasifik.

"Kempen ini akan menggerakkan kuasa media, teknologi dan selebriti untuk mempengaruhi generasi muda dan komuniti mereka untuk bertindak terhadap pemerdagangan manusia, dan menggalakkan yang lain berbuat demikian," kata Michael Yates, Pengarah Misi Pembangunan Serantau USAID.

"Menerusi kerjasama baharu ini dengan USAID, kami akan memastikan generasi muda di seluruh rantau ini diperkasakan dengan pengetahuan dan mekanisme yang mereka perlukan untuk memerangi pemerdagangan manusia dalam masyarakat mereka," kata Jonathan Martens, pakar antipemerdagangan manusia IOM yang berpangkalan di Bangkok.

Kempen awam baharu itu akan dilancarkan akhir tahun ini.


USAID, IOM

Artikel Lain