WASHINGTON: Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook mengaku sebagai seorang pengamal seks songsang dan berkata hasrat untuk memperjuangkan hak sama rata adalah falsafah peribadi dan perniagaannya. Menurutnya, kecenderungan seksnya tidak pernah menjadi rahsia di syarikatnya. "Biar saya jelaskan, Saya bangga menjadi gay dan saya anggap ia adalah hadiah kepada saya," kata Cook dalam satu kenyataan kepada Bloomberg BusinessWeek. "Saya bernasib baik untuk bekerja di sebuah syarikat yang sukakan kreativiti dan inovasi serta menerima perbezaan. Tidak semua orang bernasib baik," katanya. Cook mengambil alih pengurusan Apple pada 2011 selepas kematian bekas CEO, Steve Jobs.