suria

Tanah Runtuh: 8 Maut, Lebih 100 Hilang Di Jawa Tengah

Pasukan penyelamat dan penduduk di perkampungan yang ditimbus akibat tanah runtuh bekerjasama mencari mangsa yang masih hilang.

JAKARTA: Sekurang-kurangnya lapan orang disahkan maut manakala lebih 100 lagi masih hilang dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat yang melanda Jawa Tengah, Jumaat malam.

Laporan BBC Asia menyebut, tragedi itu menyebabkan kediaman penduduk di daerah pergunungan Banjarnegara itu ditimbus banjir lumpur.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negara, Sutopo Purwo Nugroho, berkata kira-kira 105 rumah terbabit dalam kejadian itu.

Sebaik pasukan keselamatan tiba, katanya, seramai 38  penduduk di beberapa perkampungan dikejarkan ke hospital dengan empat daripadanya dalam keadaan kritikal.

Anggota penyelamat termasuk tentera, polis dan penduduk kampung digerakkan untuk operasi mencari lebih 100 penduduk yang masih hilang itu.

Susulan kejadian itu, beratus-ratus lagi penduduk  dipindahkan dari kawasan bencana itu dan setakat ini,  379 penduduk kini ditempatkan di pusat perlindungan sementara.

"Kampung Jemblung paling teruk terjejas," katanya.


 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain