suria

11 Terperangkap Dalam Runtuhan Terowong Di Vietnam

HANOI: Sekurang-kurangnya 11 orang terperangkap dalam runtuhan sebuah terowong di tapak pembinaan pelan hidrokuasa di Vietnam.

Pasukan penyelamat menggerudi lubang kecil untuk mengepam oksigen ke dalam terowong, kata pegawai tempatan Vo Van Hoang kepada AFP.

"Kerja-kerja menggerudi kami amat perlahan dan sukar, tetapi operasi menyelamat kami dilakukan secara maksimum.

"Apa yang penting sekaranga dalah mengepam oksigen ke dalam terowong bagi memastikan mereka terus hidup, tetapi kami tidak tahu bila kami boleh menggunakan tiub oksigen," katanya.

Hoang berkata, runtuhan itu berlaku di terowong, yang merupakan sebahagian daripada pembangunan pelan kuasa hidroelektrik Da Dang-Da Chomo di daerah Lac Duong di Central Highlands yang berlaku awal pagi Selasa akibat hujan lebat.

"Kami memindahkan lebih 200 orang bagi menyelamatkan mereka yang terperangkap di dalamnya tetapi kami tidak dapat untuk menghubungi mereka," tambahnya.

Media tempatan melaporkan bahawa runtuhan itu berlaku kira-kira 500 meter dari pintu masuk terowong. - AFP

Artikel Lain