BEIJING: Seorang wanita warga Tibet membakar dirinya sendiri sehingga mati pada Selasa dalam satu kejadian bagi membantah terhadap pemerintahan China di wilayah Banjaran Himalaya itu. Tsepe Kyi membakar dirinya sendiri di tengah bandar di daerah Ngaba, di barat daya Sichuan, kata Free Tibet dan Radio Free Asia (RFA). Wanita berusia 20 tahun itu membakar dirinya sendiri sebagai bantahan terhadap dasar China yang menindas," kata RFA dalam satu laporan pada Selasa, sambil merujuk sumber tempatan. Tsepe tinggal bersama ibu bapanya yang hidup berpindah-randah dan abangnya telah ditahan polis berikutan kematiannya, kata RFA yang merujuk sumber tempatan. Menurut Kempen Antarabangsa untuk Tibet (ICT), bantahan itu merupakan kejadian yang kedua pada bulan ini selepas seorang bapa kepada dua anak di bandar yang sama membakar dirinya sendiri sehingga mati. Lebih 130 kes melibatkan warga Tibet membakar dirinya sendiri di China sejak 2009, dengan kebanyakannya mengakibatkan kematian, kata ICT dan RFA.