suria

AirAsia Indonesia Sahkan Pesawat QZ8501 Gagal Dihubungi Sejak Pagi

PETALING JAYA: AirAsia Indonesia mengesahkan bahawa penerbangan QZ8501 yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura gagal dihubungi oleh pusat kawalan trafik Udara pada pukul 7.24 pagi Ahad.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, syarikat penerbangan tambang murah itu juga mengakui tiada perkembangan terbaharu diperolehi setakat ini.

"Namun kami sentiasa berhubung dengan semua pihak berkaitan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

"Pesawat yang gagal dihubungi adalah daripada jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC," katanya.

Sehubungan itu juga, AirAsia telah membuka Pusat panggilan Kecemasan untuk dihubungi oleh keluarga atau rakan penumpang iaitu ditalian +622129850801.

  

AirAsia Hilang, Indonesia

Artikel Lain