suria

Pesawat AirAsia Terbabas Ketika Mendarat Di Lapangan Terbang Kalibo

KALIBO (Filipina): Pesawat AirAsia EZD 272 terbabas sewaktu mendarat di Lapangan Terbang Kalibo, Filipina pada petang Selasa.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP) berkata, pesawat AirAsia itu membawa seramai 153 penumpang dan enam anak kapal terbabas di Landasan 23 pada pukul 5.43 petang.

Jurucakap CAAP, Eric Apolonio berkata, kesemua penumpang dalam penerbangan EZD 272 dari Manila ke Kalibo selamat.

Keadaan pesawat AirAsia yang terbabas dari landasan Lapangan Terbang Kalibo.

Pengurus CAAP kawasan Visayas Barat, Percy Malonesio berkata, operasi lapangan terbang dihentikan sementara bagi membolehkan pasukan mengalihkan pesawat itu untuk landasan dapat digunakan semula.

Menurut CAAP, punca pesawat Airbus A320 yang dipandu oleh juruterbang Antonio Miguel Halaguena terbabas dari landasan masih dalam siasatan.

Pengurus Lapangan Terbang Antarabangsa Kalibo, Cynthia Asperas dalam satu temuramah berkata, "angin kencang" mengakibatkan pesawat itu terbabas dari landasan.

Cuaca buruk di Filipina telah menjejaskan perjalanan udara di negara itu, dan dilaporkan sekurang-kurangnya empat penerbangan dibatalkan. - Philippine Daily Inquirer/ ANN

Artikel Lain