suria

Al-Qaeda Mengaku Serang Charlie Hebdo

Komander al-Ansi mewakili Al-Qaeda mengakui bertanggungjawab terhadap serangan Charlie Hebdo minggu lalu.

SEMINGGU selepas serangan pejabat akhbar satira, Charlie Hebdo di Paris, kumpulan Al-Qaeda tampil mendakwa bertanggungjawab terhadap insiden yang mengorbankan 12 nyawa itu.

CNN menyiarkan rakaman video pengakuan komander Nasr Ibn Ali al-Ansi mendakwa serangan itu dirancang sejak beberapa tahun lalu dan dalang disebalik kejadian itu adalah Anwar al-Awlaki.

Sebelum ini, Press TV melaporkan dakwaan penyelidik bebas berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) mengenai kejadian serangan di Paris minggu lalu itu angkara Biro Penyiasat Pusat (CIA).

Al-Awlaki adalah jurucakap kumpulan pengganas itu sebelum pasukan tentera AS menyerang dan membunuhnya di Yaman pada 2011.

Analisa perisikan memutuskan perkara itu selepas mengesan berlakunya pertemuan antara penyerang bersaudara dalam kejadian di akhbar itu dengan Al-Awlaki di Yaman.

Bagaimanapun, menerusi rakaman kenyataan al-Ansi itu, kumpulan militan itu tidak mendakwa bertanggungjawab terhadap insiden di pasar raya di Paris.

Sementara itu, pasukan keselamatan Perancis mengenal pasti suspek yang disyaki bersubahat dengan membawa Amedy Coulibaly ke pasar raya itu. Coulibaly ditembak mati dalam serbuan polis, manakala pasangan Hayat dilaporkan melarikan diri ke Syria.

Al-Qaeda, Al-Ansi, Charlie Hebdo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain