Kylie Payne, 23, menjalin hubungan dengan lelaki tersebut apabila dia dimasukkan ke dalam wad di unit pesakit mental untuk menjalani rawatan tekanan perasaan.
Mahkamah memberitahu doktor menyedari hubungan mereka tetapi tidak memberi amaran kepada Kylie mengenai sabitan jenayah yang dilakukan lelaki tersebut atas faktor kerahsiaan.
Ibu Kylie, Sheila berkata dia terkejut apabila anak perempuannya itu memberitahu kakitangan di klinik terbabit bahawa dia dirogol.
"Saya amat marah dengan klinik tersebut. Lelaki yang melakukan jenayah itu tidak sepatutnya ditempatkan di klinik yang mempunyai pesakit wanita," kata Sheila.
Sheila, 42, memberitahu dia kecewa apabila mengetahui anaknya telah membunuh diri apabila dakwaannya tidak diendahkan polis.
"Kylie perlukan keadilan," katanya.
Kylie menerima rawatan di Meadowlands, sebahagian daripada Klinik Norvic di Thorpe St Andrew, Norfolk, apabila lelaki tersebut dimasukkan ke wad tersebut pada Disember 2011.
Klyie akhirnya mendapati enam minggu kemudian siasatan polis digugurkan kerana kekurangan bukti.
Dia menulis nota bunuh diri sehingga menyebabkan wanita tersebut diletakkan dibawah pemerhatian.
Kylie yang berasal dari Lowestoft, Suffolk, ditemui mati menggantung diri di dalam biliknya di klinik tersebut selepas ditinggalkan tanpa pengawasan selama 20 minit.