Ombak setinggi 10 sentimeter itu melanda pesisir pantai Miyako, sebuah bandar kecil yang mempunyai penduduk seramai 60,000 orang di timur Honshu, kira-kira puku 8.47 pagi Selasa waktu tempatan.
Agensi Meterologi Jepun (JMA) mengeluarkan amaran tsunami dan perintah pemindahan untuk bandar-bandar di pantai timur laut Jepun.
Agensi tersebut turut melaporkan, tsunami setinggi satu meter dijangka berlaku.
Bagaimanapun, amaran tsunami yang dikeluarkan di pantai timur laut Jepun telah pun ditarik balik.Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata gegaran itu melanda 77 kilometer timur laut Miyako.
Penduduk di pesisir Iwate Prefecture turut diarahkan untuk meninggalkan kawasan pantai dengan serta-merta.
Peningkatan aras laut turut direkodkan di pantai Miyako, Kamaishi, Iwate dan Kujiko tetapi tiada kemusnahan akibat tsunami diramalkan.