suria

Pengebom Berani Mati Remaja Akibatkan 24 Maut

POTISKUM (Nigeria): Pengebom berani mati remaja disyaki ekstrimis Boko Haram mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 terkorban dalam letupan berasingan di stesen bas di utara negara ini.

Dalam kejadian di timur laut bandar ini, seorang remaja bergegas masuk ke dalam sebuah bas awam dan meledak bahan letupan yang mengakibatkan 12 orang maut dan mencederakan 20 yang lain.

Beberapa jam kemudian, dua lelaki disyaki menyebabkan berlakunya letupan yang memusnahkan stesen bas di utara bandar Kano.

Kejadian ini turut mengorbankan 12 orang dan beberapa lagi cedera, menurut polis negeri, Komisioner Ibrahim Idris.

Saksi berkata, pengebom berani mati itu berusia antara 17 dan 18 tahun.

"Letupan itu memusnahkan dua bas dan sebuah kereta," kata Ibrahim.

Pasukan bomba bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran kenderaan terbabit, manakala ambulans membawa penduduk yang cedera untuk mendapatkan rawatan di hospital di Kano, bandar ke dua terbesar di Nigeria.

Serangan itu berlaku dua hari selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia kira-kira 10 tahun membawa bom dan meletupkannya di sebuah pasar di bandar sama mengakibatkan lima maut, termasuk kanak-kanak berkenaan.

Pemandu bas, Adamu Isa berkata, pengawal keselamatan menahan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan ketika menaiki bas di stesen berkenaan.

"Lelaki itu diminta supaya berdiri di tepi tetapi dia tetap masuk ke dalam bas dan meletupkan dirinya," kata Adamu.

Setakat ini, belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab ke atas kejadian itu, bagaimanapun petanda menunjukkan serangan itu hampir sama dengan tindakan yang dilakukan kumpulan ekstrimis Boko Haram.

Boko Haram, Kano, Adamu Isa

Artikel Sebelum

Bayi Lahir Dalam Ketuban

Artikel Berikut

Artikel Lain