LOS ANGELES: Pelakon veteran Leonard Nimoy atau lebih dikenali sebagai Mr Spock dalam siri televisyen dan filem sains fiksyen 'Star Trek' meninggal dunia pada usia 83 tahun. Nimoy yang menghidap penyakit paru-paru kronik, meninggal dunia di kediamannya di Los Angeles. Perkara itu disahkan oleh ahli keluarga dan ejen Nimoy. Satu upacara memperingati Nimoy sedang dirancang untuk diadakan. Watak Mr Spock lakonan Nimoy. Berita kematian Nimoy turut mengejutkan rakan artis, peminat siri televisyen dan filem tersebut termasuk Presiden Barack Obama. "Saya menyayanginya seperti seorang abang. Kami akan merindui jenaka dan kebolehannya," kata William Shatner, yang memegang watak sebagai Kapten James T.Kirk dalam siri Star Trek. George Takei yang memegang watak Mr Sulu dalam filem tersebut turut bersedih di atas pemergian Nimoy. "Semoga rohmu tenang di sana sahabatku," tulis Takei di Twitternya. Sementara itu, Obama menerusi Twitternya turut menulis, 'Saya meminati watak Spock.' Nimoy yang dilahirkan di Boston pada 26 Mac 1931 meninggalkan Ukraine untuk mengejar cita-cita di Hollywood pada usia 18 tahun dan berjaya memukau penonton menerusi lakonannya pada 1950.