Pemimpin Boko Haram, Abubakar Shekau membuat pengakuan itu dalam bahasa Arab menerusi akuan Twitternya yang menyebut: "Kami mengumumkan kesatuan kami dengan Kalifah umat Islam."
"Kami menyeru umat Islam di mana sahaja anda berada untuk setia kepada khalifah," katanya menerusi mesej tersebut.
Pemimpin IS, Abu Bakr al-Baghdadi sebelum ini mengisytiharkan dirinya sebagai Kalifah.
Sebelum ini, Boko Haram dikatakan ada kaitan dengan kumpulan militan, Al-Qaeda.
Sementara itu, polis berkata, empat pengebom berani mati menyerang bandar Maiduguri di utara Nigeria pada Sabtu mengakibatkan sekurang-kurangnya 54 maut manakala 143 lagi cedera parah.