PENULIS buku siri fantasi terkenal, Terry Prachett meninggal dunia kerana penyakit Alzhemier yang dihidapinya sejak 2007. Pengarah Urusan syarikat penerbitan Transworld Publishers, Larry Finlay berkata, Prachett yang menulis buku dengan jualan lebih 85 juta naskhah di seluruh dunia meninggal dunia ketika tidur di kediamannya. "Dunia kehilangan seorang tokoh buku yang mempunyai fikiran paling tajam dan bernas," kata Finlay. Antara buku siri fantasi yang dihasilkan Terry Prachett. Selepas didiagnosis penyakit Alzheimer, Prachette mengadakan kempen bagi meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma mengenai penyakit itu. Pratchett dikenali kerana novel-novel siri fantasinya, Discworld dan buku pertama yang ditulisnya berjudul "The Colour of Magic" pada lewat 1960-an. Buku siri itu yang ke-41 berjaya disiapkan Prachett pada musim panas yang lepas sebelum beliau bertarung nyawa dengan penyakit yang dihidapinya pada peringkat akhir. - AFP