Perkara itu didedahkan oleh bekas kekasih Lubitz pada kepada sebuah akhbar Jerman, Bild pada malam Jumaat.
Bekas kekasih itu yang namanya tidak didedahkan berkata Lubitz sering terjaga dari mimpi ngeri dan menjerit 'kita akan terhempas".
"Satu hari nanti, saya akan melakukan sesuatu yang akan mengubah kesemua sistem dan kemudian mereka akan ketahui nama saya dan mengingatinya," dakwa wanita itu.
Sebaik sahaja bekas teman wanitanya menerima berita insiden nahas pesawat Germanwings 4U9525 pada Selasa dia teringat kembali kata-kata yang pernah diungkapkan lelaki itu.
"Saya tidak pernah terfikir mengenainya tetapi sekarang ia masuk akal," katanya kepada Bild.
Wanita tersebut memberitahu dia meninggalkan Lubitz kerana takut dengan perlakuannya yang tidak menentu.
Terdapat laporan yang mendakwa mereka sudah bertunang dan merancang untuk berkahwin pada tahun depan.