suria

Pesawat Turki Mendarat Cemas Selepas Terima Ancaman Bom

ISTANBUL: Sebuah pesawat syarikat penerbangan Turki yang membuat penerbangan dari Istanbul ke Brazil melakukan pendaratan cemas di Morocco pada Isnin selepas menerima ancaman bom, kata syarikat itu.

Walau bagaimanapun, carian terhadap pesawat Boeing 777-300ER dari Istanbul ke Sao Paulo mendapati amaran itu adalah palsu dan pesawat itu dibenarkan meneruskan penerbangn dalam laluannya, katanya.

Penerbangan itu 'dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Casablanca Mohammed V' kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

"Siasatan yang perlu dilakukan di atas kapal ini telah ditamatkan dan adalah jelas bahawa notis berkenaan adalah tidak benar."

Agensi berita negeri, Anatolia berkata nota amaran bom bertulis ijumpai di salah sebuah tandas pesawat.

Ia ditemui oleh anak kapal yang memaklumkan kepada juruterbang yang memutuskan untuk meminta kebenaran mendarat di lapangan terbang yang paling dekat.

Turkish Airlines berkata pesawat itu kini akan meneruskan perjalanannya ke Sao Paulo.

Artikel Berikut

Artikel Lain