DAVID Cameron pada Isnin menggesa pengundi untuk terus memberi kepercayaan kepadanya menerajui Britain dalam tempoh lima tahun lagi. Selepas melawat Ratu Elizabeth di Istana Buckingham sebagai isyarat untuk memulakan kempen pilihan raya umum negara itu, Cameroon dalam ucapannya berkata Britain mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang memerintah. Ia dilihat sebagai usaha untuk mengetepikan impak parti-parti kecil dalam keputusan pilihan raya di negara itu. "Perdana Menteri yang akan berjalan melalui pintu itu boleh jadi saya atau Ed Miliband." Cameron dan Nick Clegg melawat Istana Buckingham untuk bertemu Ratu Elizabeth sebagai isyarat kepada permulaan kempen pilihan raya umum di negara itu. Beliau meninggalkan pejabatnya kira-kira pukul 11.45 pagi. Nick Clegg. Cameron dan Timbalannya meninggalkan pejabat tersebut menggunakan kereta berasingan. Parlimen Britain dibubarkan pada Isnin dan pilihan raya umum ditetapkan pada 7 Mei ini. Selepas kembali ke Downing Street, Perdana Menteri memberikan ucapan ringkas dengan mengingatkan pengundi akan berdepan 'pilihan sebenar' berhubung siapa yang akan memasuki pejabat No.10 selepas hari pengundian pada 7 Mei ini. "Bersama kita membangunkan negara demi anda, keluarga dan masa depan anak-anak anda. Kita terpaksa melalui pilihan raya umum ini semula. "Lima tahun lalu, apabila saya berjalan melalui pintu hitam itu, jutaan rakyat menganggur, tiada keselamatan ekonomi kepada keluarga kita dan wujud kebimbangan sama ada negara kita boleh membayar bebanan hutangnya. "Lima tahun kemudian, berbekalkan rancangan ekonomi jangka masa panjang dan keputusan sukar yang diambil, ramai rakyat di negara ini mendapat pekerjaan dalam sejarah, taraf kehidupan meningkat dan ekonomi lebih selamat," katanya.