suria

Hina Lee Kuan Yew, Remaja Lelaki Ditahan

Remaja lelaki yang dikenali sebagai Amos Yee (kanan) ditahan polis Singapura kerana menghina Lee Kuan Yew.

SINGAPURA:  Seorang remaja lelaki ditahan polis Singapura kerana memuat naik video di YouTube dengan kandungan menghina mendiang pemimpin negara itu Lee Kuan Yew dan agama Kristian.

Menurut polis pada Selasa, remaja terbabit akan didakwa ke mahkamah kerana "melukai" perasaan penganut Kristian, mendatangkan gangguan dan berkata-kata lucah.

"Kami menerima lebih daripada 20 laporan mengenai video yang mengandungi kata-kata keji dan menghina penganut Kristian.

"Polis kemudian menahan lelaki warga Singapura berusia 16 tahun berhubung dengan video tersebut pada Ahad", kata polis dalam satu kenyataan.

Identiti remaja terbabit tidak didedahkan namun dia dilapor oleh media tempatan sebagai Amos Yee  dan  akan dihadapkan ke mahkamah pada Selasa.

Selain itu, polis turut berkata, suspek menghadapi tiga tuduhan berasingan termasuk tindakan yang mempunyai "niat sengaja melukai perasaan  penganut agama atau mana-mana kaum".

Yee juga akan dikenakan tuduhan "mencetuskan perbalahan" dan juga untuk "mengancam, menggunakan kata-kata kesat atau menghina" di bawah akta baru bagi Akta Ganguan.

Dalam video selama lapan minit bertajuk "Lee Kuan Yew akhirnya mati", Yee mengeluarkan kata-kata pedas pada bapa politik berusia 91 tahun selepas majlis pengebumian tokoh terbabit pada Ahad.

Dalam video itu, Yee juga berkata perdana menteri yang pertama di republik itu sama seperti Jesus Christ bagi menunjukkan tentangan terhadap agama Kristian.

"Lee Kuan Yew adalah orang yang mengerikan kerana semua orang takut jika mereka berkata sesuatu seperti itu mereka mungkin mendapat masalah," kata Yee dalam video tersebut.

Dia mencabar anak lelaki bekas pemimpin itu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong untuk mendakwa dia.

Video itu telah tarik balik dari laman YouTube miliknya tetapi segelintir pihak memuat naik semula video tersebut. -AFP

Singapura, Kristian, Lee Kuan Yew

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain