suria

15 Anggota Polis Maut Diserang Kartel Dadah

GUADALAJARA: Seramai 15 anggota polis Mexico terbunuh apabila konvoi yang membawa pasukan keselamatan itu diserang sekumpulan kartel dadah di sini pada Selasa.

Dalam kejadian itu, seramai lima anggota polis ditemui dalam keadaan parah.

Ketika serang hendap dilakukan, konvoi yang membawa anggota polis elit itu sedang menuju ke bandar Guadalajara untuk memerangi kumpulan kartel dadah di bandar kedua terbesar di negara itu.

Bagaimanapun ketika sampai di lebuh raya di kawasan luar bandarnya, kenderaan konvoi telah disekat dan diserang sehingga 15 anggota polis terbunuh.

"Anggota polis elit ini terbunuh dalam serangan oleh pengecut yang tidak berani melihat anggota keselamatan mengawal bandar berkenaan.

"Bagaimanapun anggota polis yang cedera kini berada dalam keadaan stabil," kata Ketua Polis Jalisco, Francisco Alejandro Solorio.


Mexico, Dadah

Artikel Lain