suria

2 Kg Rambut Dalam Perut Budak

ZHOUKOU: Keadaan fizikal seorang kanak-kanak di China yang semakin kurus kerana sentiasa muntah setiap kali selepas makan membimbangkan keluarganya.

Pemeriksaan kesihatan yang dilakukan terhadapnya pula membawa kepada saranan doktor untuk melakukan pembedahan minggu lalu.

Akhirnya punca gejala muntah berterusan itu diketahui apabila doktor mengeluarkan gumpalan rambut seberat dua kilogram dari perutnya.

Berusia lapan tahun, Liuniu Liang, dibawa ke hospital selepas bapanya menyedari anaknya semakin kurus.

Gumpalan rambut dalam perut Liuniu menyekat sistem penghadaman menyebabkan dia tidak boleh makan.

Bapanya, Cai Liang, 36, berkata, mereka sekeluarga melarang Liuniu mengunyah ramput tetapi ia tidak diendahkan.

“Kami sering melarangnya mengunyah rambut tetapi tidak menyangka gumpalan rambut akan terkumpul di dalam perutnya," katanya.

Kanak-kanak itu tinggal bersama datuk dan neneknya di sini, manakala bapanya bekerja di luar kawasan berkenaan.

Keadaan anaknya yang semakin kurus membimbangkan Liang terutama apabila menemuinya ketika cuti menyambut Tahun Baharu Cina awal tahun ini.

Kata doktor yang merawatnya, Liuniu mungkin mengunyah rambut kerana rindu pada ibu bapanya. - AFP


rambut, Zhoukou, perut, Liuniu Liang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain