KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.9 pada skala Richter melanda Pulau Solomon pada pukul 3.10 petang Khamis. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat di 180 km barat daya Arawa, Papua New Guinea dan 4,191 km tenggara Semporna, Sabah. Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak menimbulkan ancaman tsunami, kata kenyataan itu.