AARAU, Switezerland: Seramai lima orang maut dalam kejadian tembak-menembak di Switzerland, kata polis pada Ahad.
Polis pada sidang media berkata, mereka yang terbunuh termasuk seorang lelaki bersenjata.
Lelaki berkenaan mengenali mangsanya dan mempunyai kaitan antara mereka.
Kejadian tembak-menembak itu berlaku di Wuerenlingen di barat laut Zurich, Switzerland. - REUTERS