suria

Lebih 750 Pendatang Asing Myanmar, Bangladesh Terselamat Kapal Karam

Pendatang asing Bangladesh yang terselamat dibawa ke perkampung nelayan di Kuala Langsa, Aceh untuk menerima rawatan.

LHOKSEUMAWE (Indonesia): Sekumpulan nelayan tempatan menyelamatkan lebih 750 pendatang izin Rohingya dan Bangladesh apabila kapal yang dinaiki hampir karam di perairan negara ini, Jumaat.

Siasatan awal pihak polis mendapati kejadian itu berlaku di timur Sumatera.

Bot yang turut membawa 61 kanak-kanak itu berjaya ditunda ke pantai oleh kapal nelayan Indonesia.

Sebuah lagi bot yang membawa 47 pelarian pula diselamatkan tidak jauh dari kapal pertama selepas pelarian terjun ke laut untuk merayu simpati kru kapal nelayan Indonesia membantu mereka.

Hampir 1,000 warga asing termasuk pelarian dari Myanmar itu kini mendapat perlindungan di Aceh selepas terdampar di wilayah itu baru-baru ini.

Sementara itu, seorang pegawai Thailand berkata, sebuah bot yang membawa kira-kira 300 pelarian Rohingya meninggalkan perairan negara berkenaan, awal pagi Jumaat.

Katanya, bot itu berlepas ke lokasi yang tidak didedahkan selepas pihak berkuasa membaiki enjin dan memberi mereka makanan.

Penumpang bot itu yang tiba di pulau Koh Lipe di selatan Thailand pada Khamis menangis ketika merayu meminta makanan dan air kerana berada di laut sejak dua bulan lalu.

Rohingya, Lhokseumawe, Sumatera, Indonesia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan