suria

Kilang Bom, Pusat Latihan Abu Sayyaf Ditawan

Anggota tentera Filipina bertempur selama empat jam dengan Abu Sayyaf sebelum menawan kem yang dijadikan kilang membuat bom di Pulau Basilan, Jumaat.

MANILA: Sebuah kem yang dijadikan kilang untuk kumpulan Abu Sayyaf membuat bom ditawan tentera Filipina pada Jumaat.

Hasil risikan dan siasatan pihak tentera negara itu selepas pertempuran yang mengakibatkan tiga militan dan seorang tentera terbunuh mendapati, lokasi itu digunakan untuk membuat bahan letupan itu.

Dalam pertempuran selama empat jam itu, anggota tentera Filipina berdepan dengan 25 militan Abu Sayyaf termasuk seorang warga Malaysia di Pulau Basilan pada Jumaat.

Komander pasukan khas tentera Laksamana Muda Reynaldo Yoma berkata, anggotanya memasuki kem yang dipercayai digunakan sebagai kilang membuat bom susulan penembuan beberapa bom buatan sendiri.

"Lokasi sama juga digunakan sebagai pusat latihan untuk anggota kumpulan itu kerana turut menempatkan kemudahan untuk tujuan itu," katanya.

Abu Sayyaf yang mempunyai 400 anggota giat melakukan penculikan untuk mendapatkan wang tebusan dan memeras ugut serta jenayah lain.

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan