suria

Lelaki Simpan Lebih 1,000 Telur Curi Dalam Peti Sejuk

AKTIVITI mencuri yang dilakukan seorang lelaki terbongkar apabila dikesan menyimpan lebih 1,000 telur yang dicuri dari tempat kerja, di dalam peti sejuknya.

Portal Mirror melaporkan pengawal keselamatan itu yang dikenali sebagai Gu ditahan kerana 'menyeludup' keluar dua beg dari kilang makanan di tempat dia bekerja di Pinghua City, China.

Polis kemudiannya menemui lebih 1,000 telur di dalam peti sejuknya dengan kesemuanya disusun mengikut tarikh guna.

Mereka turut menemui daging, sabun, kota tisu dan botol pencuci.

Gu akhirnya mengaku mencuri sambil menjelaskan bahawa dia "amat menyukai telur".

Dia berkata: "Saya tidak terkira berapa banyak saya telah curi. Mungkin beratus kali."

Seorang jurucakap bagi kilang itu berkata: "Kami amat terkejut seperti mereka yang lain kerana ia dilakukan oleh pengawal keselamatan.

"Kami fikirkan dia seorang pekerja yang rajin dan lebih gemar bertugas pada waktu malam kerana dia tidak mempunyai keluarga.

"Sekarang kami tahu dia berbuat demikian supaya dia boleh mencuri tanpa dikesan sesiapa." - MIRROR

Artikel Lain