suria

Budak Dua Tahun Jatuh Telaga Sedalam 30 meter

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia dua tahun nyaris maut apabila terjatuh ke dalam telaga sedalam 30 meter berhampiran rumah neneknya pada Khamis.

Kanak-kanak itu juga dianggap bertuah apabila ditemui masih bernyawa selepas 20 jam terperangkap di dalam telaga tersebut di Xi'an, wilayah Shaanxi, China.

Pihak keselamatan yang tiba di lokasi tersebut mengambil masa selama tujuh jam untuk mengeluarkan mangsa kerana lubang telaga yang sempit.

Budak lelaki itu yang dikenali sebagai Lele dikatakan keluar dari rumah neneknya pada petang Khamis sebelum ditemui pada Jumaat di dalam telaga berkenaan.

Lele yang berjaya dikeluarkan dari telaga tersebut kemudian dirawat di hospital berdekatan. Mangsa dilapor berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami kecederaan serius.

China, Telaga

Artikel Lain