BANGKOK: Penyiasatan terhadap isu penyeludupan migran etnik Rohingya dijangka selesai pada Jun, kata Timbalan Ketua Polis Thailand, Jeneral Aek Angsananont. Polis di sini berusaha untuk mengumpulkan bukti mengenai kaitan kawasan-kawasan di mana kesemua pendatang itu ditemui. Aek berkata, berdasarkan bukti yang diperoleh setakat ini menunjukkan bahawa penyeludupan itu merupakan jenayah rentas semapdan dan ia akan melibatkan pertuduhan terhadap suspek. Seramai 77 individu dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran itu dengan 46 orang telah ditahan. - The Nation / Asia News Network