QUETTA (Pakistan): Sekurang-kurangnya 19 penumpang yang menaiki sebuah bas maut selepas ditembak oleh sekumpulan bersenjata yang memaksa kenderaan itu berhenti ketika ia dalam perjalanan dari Quetta di barat Pakistan ke Karachi, kata menteri dalam negeri di wilayah bergolak Baluchistan, di mana kejadian berlaku. Selain itu, seorang lagi cedera dan lima terselamat tanpa sebarang kecederaan. Serangan itu berlaku pada lewat malam Jumaat di bandar Mastung, kira-kira 40 kilometer dari Quetta. "Kumpulan lelaki bersenjata memakai pakaian seragam pasukan keselamatan," kata Sarfaraz Bugti kepada Reuters. Beliau berkata, sebanyak 19 mayat ditemui setakat ini. Pegawai keselamatan berkata, kira-kira 25 penumpang menaiki dua bas dan satu operasi dimulakan untuk mencari mereka. Menurut pegawai keselamatan lagi, mayat-mayat ditemui dekat bukit berhampiran. Bagaimanapun motif serangan mereka masih belum dipastikan. Kumpulan pemisah dikatakan bertelingkah di kawasan bergolak di Baluchistan selama beberapa dekad. - REUTERS