SEEKOR zirafah dapat meneruskan kehidupannya walaupun dengan keadaan tulang belakangnya berbentuk bengkang-bengkok. Poral Mirror melaporkan haiwan itu dikatakan mengalami kecederaan dengan tengkoknya patah selepas terbabit dalam pertempuran dengan haiwan lain. Bagaimanapun zirafah jenis Masai ini terselamat, berbanding dengan haiwan lain akan mati apabila mengalami kecederaan sama. Seorang pemandu pelancong menjelaskan bahawa zirafah itu terselamat dari insiden itu tanpa sebarang bantuan perubatan dan hanya membiarkan ia hidup dengan mempunyai leher yang tidak kuat. Mark, 53, seorang jurugambar profesional dan pemandu pelancong sepenuh masa hidupan liar berkata: "Saya tidak pernah melihat keadaan itu sebelum ini." "Tetapi haiwan lain melihatnya sebagai normal dan zirafah itu kelihatan gembira." Zirafah jantan kadang-kala akan bergaduh antara satu sama lain bagi mendapatkan perhatian zirafah betina. Dalam pergaduhan itu akan menunjukkan siapa antara mereka yang paling kuat tetapi sekiranya mereka biasanya mati akibat leher patah. Zirafah jenis Masai merupakan spesis zirafah yang paling tinggi dan ukuran bagi jantan boleh mencecah sehingga 5.8 meter, menjadikan mereka sebagai haiwan tertinggi di muka bumi ini. Mark berkata: "Seorang pemandu tempatan memperkenalkan saya kepada zirafah ini sewaktu saya membawa pelanggan di Serengeti. "Haiwan itu hidup dengan keadaan leher yang patah selepas bergaduh dengan haiwan lain kira-kira lima, enam tahun sebelum ini dan tiada pusat pemuliharaan atau bantuan doktor haiwan sejak itu. "Saya mendapatinya sebagai sesuatu yang luar biasa apabila melihat kecacatan seperti itu buat pertama kali tetapi ia berada dalam keadaan baik. "Walaupun zirafah jantan biasanya mendapatkan makanan dari pokok-pokok yang lebih tinggi berbanding betina kerana keupayaan mereka, tetapi haiwan ini tidak mampu berbuat demikian. "Dia hanya mendapat makanan di bahagian lebih rendah di mana sumber makanannya lebih daripada mencukupi." - MIRROR