suria

Tragedi Majlis Bertunang, 21 Maut Atas Bot

Waris mangsa berkumpul di tebing Sungai Nil untuk mendapatkan berita terkini kejadian yang mengorbankan 21 penumpang.

KAHERAH: Sekurang-kurangnya 21 terbunuh termasuk kanak-kanak ketika menghadiri majlis meraikan pertunangan yang diadakan di atas bot apabila dilanggar sebuah kapal kargo di Sungai Nil berhampiran Giza, selatan Kaherah di sini.

Dalam kejadian Rabu itu, lima penumpang berjaya diselamatkan tetapi hingga awal pagi Khamis, enam lagi masih hilang dan usaha mencari semakin sukar kerana cuaca gelap.

Insiden itu juga menyebabkan sekurang-kurangnya dua kanak-kanak terbunuh.

Ahli keluarga dan rakan kepada pasangan muda yang bertunang itu dikatakan menyewa bot tersebut bagi meraikan hari istimewa itu.

Belum dapat dipastikan sama ada pasangan tersebut antara yang terkorban.

Pihak polis mengesahkan penangkapan kapten kapal kargo tersebut bersama pembantunya selepas insiden itu yang dikatakan sering berlaku di kawasan Sungai Nil dan perairan Mesir.

Insiden kemalangan laut terburuk pernah berlaku pada Februari 2006 apabila sebuah kapal dari Mesir karam di Laut Merah sehingga menyebabkan kematian 1,000 penumpang. – AFP



Sungai Nil, Giza

Artikel Lain