suria

Rumah Agam Lebih 100 Tahun Rosak Dirempuh Kapal Kargo

ISTANBUL: Sebuah rumah agam berusia lebih 100 tahun di tebing Selat Bosphorus yang terletak di sekitar kawasan dermaga rosak akibat rempuhan kuat kapal kargo.

Insiden itu mengakibatkan kediaman mewah yang dikatakan paling cantik di sini dan dinamakan 'Ethem Pertev' itu menanggung kerugian mencecah jutaan dolar.

Kemalangan berlaku selepas kemudi kapal itu rosak menyebabkan ia hilang kawalan lalu melanggar rumah agam putih itu.

Kapal Majed and Randy sepanjang 106 meter dan seberat 6,476 tan itu didaftarkan di Sierra Leone dalam perjalanan ke Beirut dari Istanbul.

Tiada kecederaan atau ancaman terhadap alam sekitar akibat kemalangan itu, kata Pusat Perkhidmatan Lalu Lintas Perkapalan.

Selat Bosphorous memang laluan perkapalan yang sibuk dengan kapal dari Laut Hitam hingga Mediterranean, namun kejadian seperti itu jarang berlaku.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain