suria

Letupan Gudang: Mangsa Maut Meningkat 85

TIANJIN (China): Bilangan yang terbunuh dalam letupan di gudang bahan kimia di sini telah meningkat kepada 85, kata pegawai rasmi, Sabtu.

Pada sidang akhbar, timbalan ketua jabatan propaganda  berkata 21 anggota bomba adalah antara yang terkorban selepas letupan besar berlaku di gudang simpanan bahan-bahan kimia berbahaya itu.


Beratus-ratus orang cedera dalam bencana itu, yang telah menimbulkan kebimbangan pencemaran toksik selepas para pegawai berkata mereka tidak dapat mengenal pasti bahan kimia jenis apa yang berada tapak kejadian pada masa itu.

Persoalan juga telah dibangkitkan sama ada anggota bomba bertanggungjawab menyebakan kebakaran awal di gudang itu apabila mereka bertindak menyembur air ke atas bahan-bahan berbahaya.

Sekumpulan 217 pakar bahan nuklear dan biokimia dari tentera Cina telah dikerahkan ke lokasi kejadian selepas kejadian letupan.

Tetapi pakar-pakar berkata petunjuk gas toksik menunjukkan ia berada dalam julat normal dan sepatutnya udara selamat untuk penduduk.

Artikel Berikut

Artikel Lain