suria

Turki Bina Tembok Konkrit Di Sempadan Syria

ISTANBUL: Tentera Turki mula membina tembok konkrit di sepanjang sempadan negara itu dengan Syria susulan beberapa serangan, lapor media tempatan pada Jumaat.

Pasukan bersenjata Turki (TSK) sedang membina tembok setinggi tiga meter di daerah Reyhanli di wilayah Hatay yang bersempadan dengan bandar Atmeh di Syria, lapor agensi berita Anatolia.

Menurut Anatolia, tentera juga menggali parit di belakang tembok sepanjang lapan kilometer.

Insiden letupan bom yang mengorbankan 33 orang di bandar Kurdish di selatan Turki pada 20 Julai mengakhiri gencatan senjata antara Ankara dan pemberontak Parti Pekerja Kurdistan. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain