JAKARTA: Pasukan penyelamat Indonesia tiba di lokasi nahas pesawat Trigana Air dipercayai terhempas. Pasukan penyelamat sudah menjumpai sekurang-kurangnya 38 mayat setakat ini. "Tiada mangsa yang selamat dijumpai," kata Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas), Bambang Soelistyo. Bambang berkata helikopter turut dikerahkan ke kawasan pergunungan yang diliputi hutan tebal, lokasi pesawat tersebut dipercayai terhempas di Papua, wilayah timur Indonesia untuk memulakan operasi membawa keluar mayat. Terdahulu, pesawat milik syarikat penerbangan Indonesia, Trigana Air itu terputus hubungan dengan menara kawalan pada Ahad, kira-kira setengah jam selepas berlepas dari ibu kota wilayah Papua, Jayapura. Pesawat yang melakukan operasi mengesan pesawat yang membawa 54 penumpang itu terhempas di kawasan pergunungan. Namun operasi menyelamat yang ditangguhkan pada Isnin akibat kabus tebal diteruskan semula pada Selasa.