suria

Letupan Bangkok: Kedutaan Malaysia Kenal Pasti Jumlah Rakyat Maut, Cedera

PETALING JAYA: Kedutaan Malaysia di Bangkok sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Thai untuk mengenal pasti jumpa rakyat negara ini yang terjejas dalam insiden letupan bom di Bangkok, malam Isnin.

"Kami boleh mengesahkan terdapat rakyat Malaysia yang maut manakala beberapa lagi cedera parah," kata seorang pegawai kedutaan pada Selasa.

Pegawai tersebut bagaimanapun, tidak dapat mengesahkan jumlah rakyat Malaysia yang terjejas dalam insiden itu.

Sekurang-kurangnya 21 maut dalam insiden itu.

Letupan yang berlaku kira-kira pukul 7 malam (8 malam waktu Malaysia) Isnin, menyasarkan orang ramai yang berada di kuil hindu Erawan, destinasi pelancongan terkemuka di ibu negara Thai.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di ibu negara Tahi supaya memantau situasi di negara itu dan mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa negara terbabit.

Kementerian itu turut menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular untuk menghubungi Kedutaan Malaysia di talian (+662 629 6800/+6687 028 4659 [selepas waktu bekerja]), faks (+662 679 2208/+662 679 2270) atau e-mel ([email protected]).

Kedutaan Malaysia, Bangkok, letupan, bom

Artikel Lain