Setiausaha Tetap Kementerian Luar, Narachit Sighasenee berkata letupan di persimpangan Ratchaprasong yang mengorbankan sekurang-kurangnya 20 nyawa dan mencederakan ratusan orang malam tadi, bukan disasarkan kepada pelancong.
"Bangkok masih selamat untuk pelancong kerana tidak ada sebab untuk percaya letupan itu disasarkan kepada mereka.
"Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan rapi manakala langkah keselamatan telah diambil untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang lagi," katanya kepada pemberita di kementeian itu.
Letupan yang berlaku kira-kira pukul 7 malam waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia) berlaku di persimpangan Ratchaprasong berhampiran kuil Erawan dan pusat membeli belah.