suria

Kathmandu Bergegar Lagi

KATHMANDU: Gempa bumi berukuran 5.0 pada skala Richter menggegarkan bandar ini pada petang Ahad dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan penduduk ibu negara Nepal ini.

Orang ramai keluar dari rumah masing-masing sambil memekik dan menjerit ketakutan.

Ia adalah gegaran ketiga selepas dua gegaran, masing-masing berukuran 4.1 dan 4.3 pada skala Richter, melanda Kathmandu pada awal pagi hari sama.

Menurut Pusat Seismologi Kebangsaan, gempa pada Ahad itu berpusat di Sidhupalchock, kira-kira 25km di timur Kathmandu dan adalah gegaran susulan daripada gempa bumi dahsyat pada 25 April.

Setakat ini, 387 gegaran susulan berukuran lebih 4.0 pada skala Richter direkodkan berlaku selepas gempa bumi dahsyat itu.

Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter yang melanda Nepal pada 25 Nepal menyebabkan lebih 9,000 orang maut.

"Gegaran terbaru itu tidak mengakibatkan kerosakan besar, tetapi menyebabkan sesetengah rumah yang retak akibat gempa bumi pada 25 April, menjadi semakin tidak selamat," kata jurucakap Kementerian Luar Nepal, Laxmi Prasad Dhakal. - Bernama




Kathmandu, gempa bumi

Artikel Berikut

Lokon Mula Meletus

Artikel Lain