suria

Wartawan Anti Rasuah Dipenjara Tujuh Tahun Setengah

BAKU, Azerbaijan: Azerbaijan pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun setengah terhadap wartawan anti rasuah, Khadija Ismayilova atas tuduhan rasuah.

Wartawan paling menonjol berusia 39 tahun itu merupakan ketua biro sebuah saluran radio milik Amerika Syarikat.

"Mahkamah Baku bagi jenayah serius telah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun setengah terhadap Khadija Ismayilova kerana melakukan jenayah ekonomi termasuk perusahaan haram dan mengelak daripada membayar cukai.

"Kami akan membuat rayuan terhadap hukuman itu," jelas peguam Khadija, Fariz Namazly.

Dibicarakan sejak Disember tahun lalu, Ismayilova menyifatkan hukuman tersebut sebagai balasan politik berikutan tindakannya yang lantang mengkritik kerajaan.

Wartawan itu juga menyifatkan hukuman tersebut tidak mampu menyekat kelantangan dia untuk terus mengkritik dan memerangi rasuah dalam sektor kerajaan khususnya melibatkan ahli politik.

Azerbaijan, Wartawan

Artikel Lain