HANYA empat bulan selepas kehadiran anak kedua - Puteri Charlotte, pasangan diraja, Putera William dan Kate Middleton dilaporkan bakal menimang cahaya mata ketiga. Media tempatan Britain melaporkan, sumber terdekat keluarga diraja itu memberitahu Kate kini di peringkat awal kehamilan. Khabar itu bagaikan disahkan apabila Kate tidak muncul pada beberapa majlis perkahwinan dan pertunangan diraja yang diadakan baru-baru ini. Selain Puteri Charlotte, anak sulung pasangan diraja itu, Putera George baru berusia dua tahun pada Julai lalu. Lapor Star Magazine, Ratu Elizabeth memberi restu kepada Kate untuk tidak menghadiri majlis kerainan diraja kerana memahami situasi kesihatannya. "Sepanjang dua bulan ini, Kate lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama George dan Charlotte. "Pippa (adik Kate) mengiringi William paa majlis diraja yang berlangsung baru-baru ini," kata sumber itu lagi. Cahaya mata ketiga pasangan diraja itu dijangka lahir antara akhir April atau awal Mei tahun depan. Bagaimanapun, setakat ini pihak Istana Buckingham belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu.