ENAM orang terbunuh dan 16 yang lain cedera selepas sebuah kereta rali secara tiba-tiba terbabas daripada trek dan merempuh penonton semasa perlumbaan di Sepanyol.
Dua wanita hamil dan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun disahkan antara yang maut.
Mangsa dilanggar kenderaan tersebut apabila pemandunya hilang kawalan selepas melalui satu selekoh dalam perlumbaan La Coruna Rally, di Sepanyol.