PATTANI: Taktik baru kumpulan pemisah mengaktifkan bom bila dipijak menyebabkan seorang anggota renjer Thailand terbunuh awal pagi Rabu. Ketua Polis Wilayah Pattani Mejar Jenderal Krisakorn Pelitanyawong berkata selalunya bom diletupkan dengan menggunakan walkie-talkie. Ketua Polis Daerah Panarek, Kolonel Polis Panyawat Pechum berkata bom buatan sendiri yang digunakan itu seberat 15kg dan meletup sebaik sahaja dipijak oleh seorang anggota renjer ketika meronda berjalan kaki. Dalam kejadian 6.30 pagi itu sepasukan enam anggota renjer meronda bagi mengawal keselamatan guru-guru yang menuju ke sekolah-sekolah sekitar menggunakan Jalan Pattani-Narathiwat di Mukim Don, Panarek, Pattani.