DHAKA: Polis Bangladesh berjaya menahan dalang utama pemerdagangan manusia yang dikendaki di Malaysia kerana bertanggungjawab menyeludup masuk beratus pendatang haram. Polis menahan sekurang-kurangnya 20 penyeludup manusia pada bulan lalu termasuk Dil Mohammad yang merupakan 'kepala' kumpulan itu di Teknaf sempadan Myanmar. Polis Teknaf, Inspektor, Kabir Hossain berkata, Mohammad, 45 ditahan sejurus tiba di Bangladesh dari Malaysia. "Mohammad dikehendaki di Malaysia dan Thailand kerana terlibat dalam penyeludupan ratusan pendatang Bangladesh ke Malaysia menggunakan bot dari Teluk Bengal," kata Hossain. Polis Bangladesh menyasarkan penyeludup yang terlibat selepas didakwa membawa pelarian Rohingya dari Myanmar dan Bangladesh dan meninggalkan mereka di lautan. Selain itu ia juga merupakan tindakan susulan selepas Thailand merungkai aktiviti penyeludupan manusia yang menyebabkan ribuan terdampar di perairan dan ditinggalkan di kem dalam hutan, termasuk dibunuh. Penyeludup itu didakwa cuba bersembunyi di kampung masing-masing di Bangladesh ketika musim monsun. "Penyeludup beransur-ansur pulang selepas musim monsun berakhir," ujar Hossain. Pakar mengatakan keadaan lautan akan mula tenang pada minggu hadapan penyeludup akan mula mengembara dari Thailand dan Malaysia. "Penyeludup mengumpul kekuatan untuk mulakan kerja mereka. Kami mendapat laporan bahawa mereja sedang bergerak aktif di peringkat akar umbi," kata Shakirul Islam