suria

30 Hari Kawal Kebakaran Hutan Indonesia

Pasukan keselamatan Indonesia mengawal kebakaran hutan di Kampung Pulo Geronggang, Ogan Komering Ilir di Sumatera Selatan.

JAKARTA: Tempoh masa selama 30 hari diperlukan pihak berkuasa Indonesia untuk memastikan kebakaran hutan di negara itu dapat dikawal sepenuhnya.

Jurucakap agensi pengurusan bencana kebangsaan, Sutopo Nugroho berkata, operasi memadamkan kebakaran dijangka berterusan sehingga pertengahan Oktober ini.

"Kami jangka jerebu terus berlaku kerana kesan fenomena El Nino dan musim kemarau dijangka berlarutan sehingga hujung November.

"Biasanya musim hujan bermula November," katanya.

Kebakaran hutan yang berpunca daripada aktiviti pembersihan tanah perladangan menyebabkan jerebu tebal melanda sebahagian wilayah Indonesia serta negara jiran, Malaysia dan Singapura.

Masalah jerebu menjadi isu tahunan di rantau ini dan pelbagai pihak mengkritik Indonesia kerana masih gagal menghalang aktiviti pembakaran hutan.

Setakat ini, Indonesia menyiasat kira-kira 100 syarikat perladangan termasuk dari Malaysia kerana dipercayai terbabit dalam pembakaran hutan dan ladang. - Reuters


jerebu, hutan, Sutopo Nugroho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain