suria

Dua Tentera Maut Helikopter Terhempas Di Afghanistan

Gambar fail menunjukkan helikopter jenis Puma milik Tentera Udara Diraja Britain.

DUA anggota Tentera Udara Diraja (RAF) Britain terbunuh dalam nahas helikopter yang terhempas di Afghanistan pada Sabtu.

Kementerian Pertahanan berkata, kematian dua anggota tentera di Kabul itu bukan disebabkan oleh kumpulan Taliban.

Dipercayai lima yang lagi maut dan tujuh lagi cedera dalam insiden itu.

Ia menjadikan angka kematian tentera Britain meningkat kepada 456 orang sejak ia melancarkan operasi di negara itu pada 2001.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan pada malam Sabtu berkata: "Kementerian Pertahanan dengan dukacita ingin mengumumkan bahawa dua anggota tentera dari skuadron 230 dan 33 berikutan nahas helikopter UK Puma Mk 2 awal hari ini.

"Helikopter itu terhempas semasa pendaratan di Ibu Pejabat Resolute Support, latihan NATO yang memberi nasihat dan bantuan dalam misi di Afghanistan.

"Insiden itu sedang di dalam siasatan tetapi kita boleh mengesahkan bahawa ia merupakan satu kemalangan dan bukan disebabkan oleh pemberontak.

"Keluarga kepada anggota tentera yang maut telah dimaklumkan mengenai perkara ini," menurut kementerian itu.

Nama-nama mereka yang terlibat dalam insiden itu akan dikeluarkan pada Isnin. - Mirror

Artikel Lain