suria

Kaki 'Gergasi' Ubah Nasib Mangsa Buli

CARACAS: Nasib mangsa buli ketika usia awal remaja kerana memiliki kaki 'gergasi' berubah apabila kelebihannya itu berjaya memecahkan Rekod Dunia Guinness.

Pada usia 20 tahun, Jeison Orlando Rodriguez Hernandez menganggap kakinya yang bersaiz gergasi itu membawa tuah apabila ia  membolehkannya bermain sukan kegemaran, bola keranjang.

Hernandez, anak bongsu daripada empat beradik, membesar pada kadar normal sehingga tiba-tiba mengalami lonjakan pertumbuhan pada usia 10 tahun.

Ketika itu, kakinya tiba-tiba membesar dari saiz 5.5 kepada 11 dalam tempoh kurang setahun.

Kaki kanannya kini berukuran 40.1 sentimeter (sm) dan yang kiri 39.6sm atau saiz 32 di United Kingdom.

“Ketika berusia 14 tahun ibu terpaksa menggunakan kain seluar untuk membuat kasut saya, tapi ia hanya bertahan dua atau tiga minggu saja dan ada kadang saya terpaksa berkaki ayam.

“Saya sering dibuli, dihina dan dipukul di sekolah. Walaupun  suka belajar, namun sering trauma dengan layanan di sekolah kerana budak lain memperlakukan saya seperti anak patung,” katanya.

Pembuat kasut khas dari Jerman, Georg Wessels memperkenalkan Hernandez kepada Guinness selepas ke Maracay di barat Venezuela untuk membuat kasutnya.

Rekod sebelum ini dipegang petani Turki, Sultan Kosen dengan saiz kasut 32. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan