JURUTERBANG pesawat Sun Express terpaksa melakukan pendaratan cemas apabila seorang penumpang lelaki mabuk menanggalkan pakaian dan menuntut kru penerbangan itu mengadakan hubungan seks dengannya. Kekecohan itu berlaku ketika pesawat berkenaan dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Zurich di Dublin ke Turki terpaksa mendarat di Belgrade, Serbia. Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Serbia berkata, warga Ireland itu bertindak agresif dan biadab. "Lelaki yang menghina kru pesawat dan cuba menyerang pegawai bertugas telah ditahan untuk tindakan lanjut," katanya. Seorang saksi memberitahu, ketika menunggu untuk menaiki pesawat berkenaan di Lapangan Terbang Nikola Tesla, lelaki berkenaan dan rakannya yang mengenakan pakaian santai meminum minuman keras. Kejadian itu menyebabkan penerbangan itu lewat sehingga 10 jam.