suria

Kecuaian Akibatkan Lelaki 60 Tahun Terperangkap Dalam Runtuhan Rumah

KECUAIAN pegawai kerajaan mengakibatkan seorang warga emas cedera parah apabila terperangkap dalam runtuhan rumah yang dirobohkan di kawasan Alwal, Hyderabad.

Sebaik rumah itu dirobohkan pihak berkuasa tempatan, orang ramai menyedari ada yang terperangkap apabila kedengaran suara lelaki itu menjerit meminta tolong.

Berikutan insiden itu, keadaan menjadi tegang antara penduduk setempat dan pegawai yang menyelia kerja-kerja meroboh bangunan untuk membanteras rumah haram di situ.

Lelaki itu mengalami kecederaan serius dan dirawat di hospital tempatan pada Sabtu.

Susulan itu juga, orang ramai membuat aduan mengenai sikap cuai pegawai berkenaan.

Polis berkata, kes akan difailkan selepas lelaki yang tercedera itu memberikan kenyataannya.

Alwal, Hyderabad

Artikel Sebelum

Jerebu Mulai Melanda Jakarta

Artikel Lain